KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN KECIL-KECILAN
Pak cik Karim seorang nelayan kecil-kecilan. Dia menjadi nelayan
semenjak berumur 13 tahun lagi. Kebiasaannya, Pak cik Karim akan turun
ke laut kira-kira pukul 12.00 malam dengan menaiki sebuah bot gentian
kaca yang berenjin. Dia memandu botnya dengan berhati-hati menuju ke
tempat bubunya dipasang.
Setibanya di tempat tersebut, Pak cik Karim segera menarik tali-tali
yang mengikat bubu-bubunya dengan sepenuh tenaga. Bubu-bubunya itu
sangat berat, apatah lagi jika penuh berisi setelah sehari dibiarkan
terendam di dalam laut. Semasa itu juga, matanya sentiasa memerhati
kandungan bubunya kerana bimbang jika terdapat ular atau haiwan yang
berbisa di dalamnya.
Setelah bubu berjaya dinaikkan, Pak cik Karim akan membuka pintu kecil
di bubu itu untuk melepaskan semua hasil tangkapannya di perut bot
sebelum bubu tu di campak semula ke dalam laut.
Selepas itu, proses memilih hasil tangkapan pula dimulakan. Dia
melakukannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan terkena sengatan
ikan sembilang dan sebagainya. Ini pernah dialaminya dahulu menyebabkan
hampir seminggu dia tidak dapat turun ke laut .
Selepas semuanya selesai, pak cik Karim melabuhkan pula pukat yang
panjangnya dalam 200 meter. Kemudian, dia mengikat botnya pada kayu
pancang pukat untuk berehat sambil menjamah bekalan atau tidur
sehinggalah sampai masa pukatnya ditarik semula.
Kira-kira pukul 5.00 pagi, Pak cik Karim bangun untuk menarik pukat dan
memungut ikan-ikan yang terjerat di pukatnya . Hampir setengah jam
kemudian, kerja-kerja memungut itu pun selesai. Pak cik Karim segera
pulang ke jeti untuk sembahyang Subuh dan menjual hasil tangkapannya
kepada peraih.
Begitulah kehidupan Pak cik Karim seharian sebagai seorang nelayan
kecil-kecilan. Kerjanya ini sangat mulia kerana telah menyumbangkan
hasil laut kepada kita semua. Tidak semua orang mampu melakukan kerja
seperti ini. Oleh itu, hargailah serta bersyukurlah dengan hasil laut
yang kita nikmati.
Contoh-contoh karangan ini amat berguna kepada murid-murid.
ReplyDeleteTelah memberi contoh karangan yang baik.
ReplyDeletecontoh karangan yang membantu
ReplyDeleteSo nice, thanks for sharing.
ReplyDelete