AKU SEBUAH BASIKAL
Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang
di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan
plastik.
Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang
lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk
dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji
kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan
untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila
mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa
orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin
memiliki kami. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam
setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar
laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik
ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.
Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum
sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu
tidak penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.
Maklumat yang berguna. Teruskan usaha.
ReplyDelete