Friday 2 November 2012

PERUMPAMAAN DAN MAKNA


        
PERUMPAMAAN/
PEPATAH DAN MAKNA
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.


Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar atau hidup miskin di
negara yang kaya dan makmur.




Bagai ayam disambar helang.   

Mati tanpa sakit.


Bagai cincin dengan permata.  

Pasangan pengantin yang sepadan.
Bagai layang-layang putus tali.

Tiada berpedoman @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.


Bagai menatang minyak yang penuh.

Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
 Bagai murai dicabut ekor.

Orang yang suka bercakap.


Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.


Berat mata memandang berat lagi bahu   memikul.

Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.
Biar putih tulang jangan putih mata.

Lebih baik mati daripada menanggung malu.


Carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.

Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.


Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat.

Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.
Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.


Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.


Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama.

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

9 comments:

  1. bangus.terusa berusaha lagi.

    ReplyDelete
  2. maklumat yang sangat berguna, TQ !

    ReplyDelete
  3. Wah, menarik betul! Anak saya suka akan isi pelajaran dalam blog ini!

    ReplyDelete
  4. Interestingnya blog cikgu, teruskan usaha anda!

    ReplyDelete
  5. Penjelasan yang jelas dan tepat , teruskan usaha .

    ReplyDelete
  6. Sangat menarik, terus berusaha lagi....

    ReplyDelete
  7. Penjelasan berserta dengan gambar yang menarik.Syabas.

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang baik. Terima kasih.

    ReplyDelete